Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Mufti Wilayah, Tan...

KUALA LUMPUR - Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talip meninggal...

Imigresen Kedah Tahan 10...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

WOW! Tuah Popular, King...

'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?' - peribahasa ini...

Gambar Gadis Aceh Dihukum...

BEBERAPA keping gambar memaparkan pihak berkuasa Aceh melaksanakan hukuman sebat kepada enam wanita atas...

Yang Di-Pertuan Agong Berangkat Ke Arab Saudi Hari Ini

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Arab Saudi sempena lawatan khas ke negara itu bermula hari ini hingga 14 Julai.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, lawatan khas selama tiga hari itu adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. 

“Lawatan khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI ke Arab Saudi ini melambangkan kesinambungan hubungan dua hala yang akrab dan istimewa antara kedua-dua negara.

“Lawatan khas ini juga akan menyumbang ke arah mengukuhkan lagi persahabatan antara Malaysia dan Arab Saudi,” menurut kenyataan Wisma Putra itu.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke negara Timur Tengah itu diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan Istana Negara.

Kategori