Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kapal Angkasa Jepun Tembak...

TOKYO - Sebuah kapal angkasa lepas milik Jepun telah menembak sebutir peluru ke...

Kerana Maggi, Pelajar MRSM...

SEORANG pelajar tahun dua di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Baling, Kedah terlantar di hospital...

Tindakan Tegas Pihak Cuba...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia tidak akan teragak-agak untuk...

Pos Malaysia Lancar Edisi...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan setem 'Siri Makanan Perayaan'...

Xinjiang: Ahli Kongres AS Desak Hukum China

ANGGOTA Kongres Amerika Syarikat mula mendesak Presiden Donald Trump bertindak terhadap China ekoran kekejaman mereka pada minoriti Muslim di Xinjiang.

Senator dari Florida, Marco Rubio pada Rabu mengumumkan sekumpulan anggota Kongres AS bersetuju agar pentadbiran Trump mengenakan sekatan ke atas pegawai-pegawai China yang terlibat dalam kem tahanan Muslim di wilayah barat China itu.

Dalam surat kepada Setiausaha Negara Mike Pompeo dan Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin, anggota Kongres dari kedua-dua parti Republikan dan Demokratik mendesak sekatan ke atas tujuh orang pegawai dan dua syarikat pembuat peralatan pemantauan, lapor akhbar Wall Street Journal

“Hari ini saya dan sekumpulan 16 orang anggota Kongres bipartisan menggesa presiden AS menggunakan Akta Magnitsky Global membekukan aset dan mengharamkan kemasukan pegawai China yang bertanggungjawab menahan Muslim di kem tahanan di wilayah Xinjiang,” katanya di Twitter.

Sembilan ahli Kongres Republikan, tujuh Demokrat dan seorang bebas menandatangani surat itu.

China menafikan dakwaan bahawa sejuta orang kebanyakannya Muslim Uighur ditahan di kem tahanan.

Seorang pegawai China memberitahu ahli jawatankuasa hak asasi PBB awal bulan ini yang langkah keselamatan yang ketat di Xinjiang diperlukan untuk memerangi ekstremisme dan terorisme, tetapi tidak mensasarkan mana-mana etnik atau menghalang kebebasan agama.


China melabelkan laporan-laporan tersebut “tidak benar” dan berkata “pusat pendidikan dan latihan” menempatkan “penjenayah ringan” supaya mereka dapat “dibantu pulih dan dapat berintegrasi dalam masyarakat.”

Tetapi beberapa pertubuhan dan pakar China percaya realitinya jauh lebih buruk daripada didakwa, merujuk kepada cerita bekas tahanan dan dokumen rasmi menunjukkan ada program indoktrinasi politik dan budaya.

Tahun lalu, China mengharamkan janggut panjang “melebihi normal” dan hijab di Xinjiang dan mengarahkan semua pemilik kereta wilayah itu memasang alat pengesan GPS.

Pada Disember tahun lalu, NGO Human Rights Watch melaporkan pihak berkuasa Xinjiang merancang untuk mengumpul data bio daripada semua rakyat. – AFP

Kategori