Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aplikasi TikTok Bakal Dibuang...

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat (AS) mahu pihak Apple dan Alphabet (syarikat...

Malaysia Rujuk Ulama Dunia...

KUALA LUMPUR - Malaysia mendapatkan pandangan dan penjelasan ulama terkemuka dunia tentang hukum...

Keadaan Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang tidak banyak berubah dengan jumlah keseluruhan mangsa...

PRU14: Kerajaan Isytihar Cuti...

KUALA LUMPUR - Tiada lagi alasan rakyat yang bekerja di sektor awam dan...

Wujudnya Kumpulan Bantah Projek Pembangunan BN

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berterima kasih kepada pihak yang mahu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beliau dan kementeriannya berhubung hal hartanah di ibu negara.

Katanya, beliau yakin laporan yang mahu dibuat kepada SPRM itu akhirnya akan menyerlahkan antara yang benar dan palsu serta fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau dan kerajaan selama ini.

Bagaimanapun, di sebalik itu katanya, beliau menerima maklumat sebenarnya wujud kumpulan-kumpulan yang memang ditubuhkan pihak tertentu yang ditugaskan untuk bantah projek-projek pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Bantahan-bantahan tersebut adalah untuk mendapatkan imbuhan tertentu daripada pihak pemaju. Saya telah memohon kepada pihak pemaju melaporkan kepada pihak polis dan SPRM berhubung tindakan pihak tertentu tersebut.

“Saya tidak pasti bagaimanakah di negeri-negeri lain yang tidak ditadbir Barisan Nasional (BN) yang gagal mematuhi syarat-syarat pembangunan dapat meneruskan pembangunan tersebut tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak,” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan daripada DAP, Tan Kok Wai baru-baru ini mengugut membuat laporan SPRM berhubung penjualan tanah milik kerajaan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.


Beliau mendakwa kononnya bahagian tanah kerajaan tersebut telah dijual tanpa tender terbuka sejak Tengku Adnan memegang jawatan menteri itu.

Dakwaan itu dibuat hanya berdasarkan laporan The Edge yang diketahui sering memburuk-burukkan pihak kerajaan Malaysia dalam laporan disiarkannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori