Wujud Transaksi Pembelian Berlian Merah Jambu

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkas penafian yang dibuat isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian berlian merah jambu.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik berkata, terdapat bukti jejak wang (money trail) berkaitan bukti pembelian berlian bernilai RM94.62 juta (AS$ 23 juta).

“Berlian itu dibeli daripada seorang peniaga barang kemas di New York dengan menggunakan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Walaupun berlian merah jambu itu tidak ditemui semasa pihak polis membuat serbuan, namun bukti yang terkumpul jelas menunjukkan wujud transaksi pembelian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kosmo! pada Rabu lalu melaporkan reaksi Datin Seri Rosmah Mansor, 68, berhubung isu cincin merah jambu RM24 juta yang didakwa dibeli olehnya.

“Saya maafkan.. tapi apa yang penting minta maaf pada rakyat. Mereka sengaja menggunakan isu tersebut sebagai bahan pilihan raya, malangnya ramai yang percaya pada fitnah. Alhamdulilah perkara sebenar telah keluar,” katanya. – K! ONLINE

Loading...