Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kembara Jalinan Kasih Negaraku...

JOHOR BAHRU - Konvoi Kembara Jalinan Kasih Negaraku (KJK) anjuran  Jabatan Penerangan Malaysia bermula hari ini, disertai 45 peserta yang akan menjelajah sebanyak...

Caj Guna Air Bagi...

SUNGAI BESAR - Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengenakan Caj Abstraksi Air bagi...

Siti Buhari Mahu Contohi...

ANAK bongsu pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Siti Nur...

Sarajun Makin Biadab, Tahan...

SHAH ALAM – Aktivis propembangkang dan bekas Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Hoda Abdul...

Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut

RATU cantik Miss Iraq, Sarah Idan dan keluarganya kini dikatakan terpaksa meninggalkan negara berkenaan selepas menimbulkan kemarahan di Baghdad akibat memuat naik gambar swafotonya bersama dengan ratu canti Israel, Adar Gandelsman.

Sarah telah memuat naik gambar swafotonya bersama dengan Adar ketika mereka baru sahaja tiba di Las Vegas untuk acara Miss Universe 2017 pada November lalu.

Dipetik daripada portal Daily Mail Online, akibat kapsyen Idan yang berbunyi “Salam sayang dan keamanan daripada Ratu Cantik Iraq dan Ratu Cantik Israel,” ianya telah mencetuskan kemarahan dan kekecohan di media sosial.

“Foto berkenaan telah membangkitkan kemarahan orang ramai sehingga keluarganya terpaksa keluar daripada Iraq dalam keadaan ketakutan,” kata Gandelsman kepada Israeli TV sewaktu ditemu bual mengenai perjalannya sepanjang dalam program tersebut.

Menurut gadis berusia 20 tahun itu, dia memberitahu bahawa Idan dan keluarganya kini sedang menetap di Amerika Syarikat selepas diancam oleh orang ramai.

Keluarga tersebut juga pernah diugut bunuh dan jika mereka enggan keluar dari Iraq serta memadamkan gambar berkenaan, gelaran Miss Iraq itu akan ditarik semula.

“Mereka telah meninggalkan negara tersebut dalam keadaan ketakutan sehingga keadaan kembali tenang semula,” tambahnya lagi menurut Times of Israel.

Selepas banyak kritikan dan hinaan yang diterima ketika memuat naik gambar tersebut, Idan telah mengeluarkan satu kenyataan yang menjelaskan tujuan utama mereka bergambar bersama serta dalam masa yang sama menyebarkan mesej pendamaian antara dua negara.


“Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang menganggap foto itu menyinggung perasaan rakyat Palestin tetapi ia bukanlah tujuan di sebalik posting itu, ia hanyalah satu panggilan keamanan dan harapan untuk penyelesaian krisis.” tulisnya di ruangan kapsyen gambar tersebut.

Orang ramai telah menganggap bahawa Misa Iraq tersebut tidak menjaga sensitiviti.

Malah, sedia maklum bahawa Iraq dan Israel masih lagi bermusuhan namun kedua-dua peserta itu telah cuba untuk merapatkan jurang dengan cara berswafoto bersama berserta mesej pendamaian tetapi ianya telah membangkitkan rasa tidak puas hati ramai orang.

“Sekiranya kamu seorang Arab yang dihormati, kamu harus membenci Israel selama-lamanya. Palestin adalah kehormatan kita, orang-orang Arab,” kata seorang pengguna Instagram.

“Anda tidak menghormati rakyat yang telah meninggal dunia di bawah pendudukan mereka. Anda Zionis,” kata seorang lagi pengguna.

Gambar tersebut mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen di negara yang tidak mengiktiraf Israel kerana konflik perang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori