Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahasiswi Cun Tak Malu...

KALAU dilihat daripada wajahnya yang cantik menawan memang tak sukar untuk si gadis...

Messi Termenung Fikirkan Nasib...

LIONEL Messi termenung panjang ketika melakukan persediaan bersama anggota pasukan Argentina yang lain...

Ketua Jurulatih Perlis, Razip...

KUANTAN - Ketua jurulatih Perlis, Razip Ismail meletakkan jawatannya selepas kekalahan besar 0-5...

Dewan Rakyat Kemuka Kekosongan...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah mengemukakan kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen...

Wow.. Gunting Rambut Guna Pisau Potong Daging, Tukul

SANGGUPKAH anda mencuba teknik gunting rambut yang ekstrem ini?

Tersebar sebuah video di laman sosial menunjukkan aksi seorang pendandan rambut mempunyai kemahiran luar biasa apabila menggunakan sebilah pisau pemotong daging dan tukul untuk memotong rambut pelanggan di kedainya.

Di dalam rakaman itu, seorang pelanggan lelaki kelihatan tenang dan bersahaja ketika pendandan itu memotong rambutnya menggunakan peralatan tersebut meskipun hanya dijarakkan dengan beberapa inci sahaja mata pisau itu dari telinganya.

Jika si pendandan itu tersalah percaturan mahunya pelanggan lelaki itu kehilangan sebelah cupingnya.

Gunting Rambut Guna Pisau Potong Daging, Tukul

Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna laman mikro Twitter @OSAY_it_aint_so yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat.

Namun sesetengah pelayar laman sesawang mendakwa video berkenaan dirakam di Maghribi.


Salah seorang pengguna laman sesawang yang menonton video tersebut memberitahu ia bukanlah masalah besar pun menggunakan pisau pemotong daging sebagai alat untuk memotong rambut.

“Ia hanyalah sebilah mata pisau bersaiz besar. Lebih kepada pertunjukkan bukan apa-apa pun.”

Manakala seorang lagi menyatakan kehairanan berbunyi: “Bagaimana pisau itu boleh menjadi setajam itu untuk memotong rambut tanpa sedikit pun mencederakan kulit kepala apabila dihentak dengan tukul?”MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori