Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

6 Warga Thai Miliki...

LANGKAWI - Enam warga Thai, seorang daripadanya wanita, diberkas dalam satu operasi polis...

Khabib Dalam Kelompok 10...

PARIS - Presiden UFC Dana White memuji Khabib Nurmagomedov antara 'atlet seni bela...

Khamis Keputusan Rayuan Najib...

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau...

Kempen DAP, PH Jahanamkan...

PEMIMPIN DAP Lim Guan Eng baru-baru ini berkata keputusan Pilihan Raya Umum ke-14...

Wong Choo Mohon Maaf, Kes Saman Fitnah Teresa Selesai

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah yang difailkan anggota Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim terhadap bekas Pengerusi Cawangan DAP Seputeh, Wong Choo Chieang selesai selepas Wong mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman itu difailkan berikutan kenyataan Wong pada sidang akhbar 5 Feb 2014, kerana mendakwa Kok telah menyalahgunakan kuasanya dan melakukan penyelewengan wang sumbangan untuk kegunaan peribadi.

Wong, 77, selaku defendan, membacakan kenyataan permohonan maaf itu kepada Kok di hadapan Hakim Abu Bakar Jais, di dalam kamar.

“Saya, Wong Choo Chieang ahli seumur hidup DAP Malaysia, sesungguhnya dengan niat yang baik dan ikhlas memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sim untuk kenyataan akhbar yang saya keluarkan kepada wartawan yang hadir pada sidang akhbar 5 Feb 2014, yang telah disiarkan oleh media walaupun perkataan itu tidak secara tepat seperti yang saya nyatakan dalam kenyataan akhbar saya,” katanya.

Wong juga mengakui kenyataannya yang disiarkan oleh media boleh mencemarkan, prejudis dan mencemar nama baik, reputasi dan imej Teresa, 52, sebagai Anggota Parlimen Seputeh dan juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori