Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APMM Kudat Selamatkan Kru...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan 10 kru sebuah bot...

Hukuman Sebat, Denda Tinggi...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencadangkan kepada kerajaan untuk meminda Akta...

RapidKL Jejak Gadis Baik...

BARU-BARU ini tular di laman sosial mengenai satu gambar gadis yang sedang mengelap...

COVID-19: Kes Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR: Angka kes baharu COVID-19 sekali lagi mencatatkan peningkatan berbanding Isnin apabila...

‘Wild Boars’ Tetamu Kehormat United

KUMPULAN pemain bola sepak remaja Thailand yang menarik perhatian dunia apabila terperangkap dalam gua lebih dua minggu Julai lalu, hari ini menikmati kegembiraan di Stadium Old Trafford kelab Manchester United.

Selepas bertemu pengurus kelab bola sepak terkemuka itu, Jose Mourinho dan bintang ternama pasukan itu semalam, mereka menjadi tetamu kehormat ketika Red Devils berhadapan Everton dalam Liga Perdana di Manchester.

Mereka turut dijemput ke padang latihan kelab itu, Carrington, untuk bertemu Mourinho dan bintang pertama pasukan menjelang pertemuan dengan Everton.

Mourinho memeluk setiap seorang anggota skuad itu dan bergambar sebelum menandatangani cenderamata.

Pemain seperti Ander Herrera, Paul Pogba, Anthony Martial, Ashley Young, Andreas Pereira dan Fred juga bertemu remaja berkenaan.

Mereka diiringi dua jurulatih, anggota keluarga dan pegawai kerajaan Thailand,


Werachon Sukondhapatipak.

Dua belas remaja daripada kelab ‘Wild Boars’, berusia antara 11 dan 16 tahun, dan jurulatih mereka terperangkap 17 hari di dalam gua sebelum diselamatkan dalam operasi membabitkan pelbagai negara. – AFP/myMetro Online

Kategori