‘Wild Boar’, Jurulatih Dibenar Keluar Hospital

CHIANG RAI – Dua belas anggota pasukan bola sepak remaja Thailand dan jurulatih mereka yang diselamatkan dari gua, dibenar meninggalkan…

CHIANG RAI – Dua belas anggota pasukan bola sepak remaja Thailand dan jurulatih mereka yang diselamatkan dari gua, dibenar meninggalkan hospital di wilayah Chiang Rai hari ini bagi menghadiri sidang media yang akan disiarkan di stesen televisyen tempatan.

Remaja berkenaan, berusia 11 hingga 16 tahun dan jurulatih berusia 25 tahun, mencetuskan usaha menyelamat antarabangsa selepas terperangkap dalam gua Tham Luang yang dinaiki air. – Reuters

Loading...