WHO Akui Silap Nilai Koronavirus

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui kesilapannya dalam kenyataan berhubung laporan mengenai penilaian tentang risiko koronavirus yang sedang melanda China dan beberapa negara lain di seluruh dunia.

Menurut laporan NDTV, agensi itu dalam satu laporan diterbitkan Ahad lalu memaklumkan risiko jangkitan di China, peringkat serantau dan global adalah tinggi.

Sehubungan itu, WHO mengakui terdapat kesilapan apabila meletakkan risiko global pada tahap sederhana seperti diterbitkan pada Khamis hingga Jumaat lalu.

Menurut jurucakap WHO, Fadela Chaib, hal itu berlaku kerana terdapat kesilapan dalam kata-kata.

Khamis lalu, WHO berhenti mengisytiharkan koronavirus sebagai darurat kesihatan awam antarabangsa kerana bimbang ia mencetuskan kebimbangan antarabangsa. – Agensi

Loading...