WhatsApp Kini Boleh Tag Nama Rakan Group Anda

KETIKA berada dalam WhatsApp Group, mungkin agak sukar untuk anda tujukan sesuatu mesej kepada penerima, apatah lagi jika ia disertai ramai ahli dan membincangkan pelbagai perkara.

Kini dalam usaha untuk memudahkannya, pihak pentadbir WhatsApp telah memperkenalkan sokongan baharu di mana anda boleh menggunakan tag nama ‘mention’ kepada nama rakan dalam group.

Ia seakan-akan sama seperti fungsi mesej ditujukan seperti di laman Facebook, Twitter, Instagram dan media sosial lain.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mulakan dengan tekan butang ‘@’ dan ia akan memperlihatkan pilihan nama seseorang dalam group yang sama.

WhatsApp Kini Boleh Tag Nama Rakan Group

Namun jika anda tidak menyimpan nama rakan anda, anda boleh melihat pilihan nombor telefon yang berada di dalam group berkenaan.

Apa yang membuatkan ia menarik, ia membolehkan notifikasi dihantar kepada pengguna walaupun sesuatu group itu di ‘mute’. Jadi ia memudahkan anda melihat jika ia perkara penting yang ingin ditujukan kepada anda.

Jadi apa pendapat anda dengan kemaskini terbaharu ini? Kami rasakan ia adalah perkara yang sangat berguna dalam menyampaikan pesanan dengan lebih ‘in depth’ kepada seseorang. – MYNEWHSUB.CC