Westlife Seru Rakyat Malaysia Bantu Cari Nora Anne

KUALA LUMPUR – Kumpulan pop popular, Westlife menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan maklumat bagi mencari remaja Ireland, Nora Anne Quoririn, 15, yang dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban sejak 4 Ogos lalu.

Westlife yang kini berada di Shah Alam untuk jelajah konsert mereka, The Twenty Tour berharap remaja tersebut segera ditemui dan yakin kerajaan Malaysia sedang melakukan yang terbaik dalam misi pencariannya.

“Kami berharap Nora akan segera ditemui dan pada sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat tentang kehilangannya, segeralah laporkan kepada pihak berkuasa.

“Kami pasti keluarganya akan sangat menghargai pertolongan anda, terima kasih Malaysia,” ujar salah seorang ahli kumpulan, Nicky Byrne ketika membuat persembahan sebentar tadi. 

Tambahnya lagi, kehilangan Nora terasa dekat dengan mereka kerana berasal dari negara sama iaitu Ireland.

Sehingga kini, pihak polis belum menemui motif yang jelas berkenaan kehilangan remaja berkenaan. – K! ONLINE

Loading...