Waze Mula Papar Amaran Kelajuan Ketika Memandu

DALAM kesibukan memandu, kadangkala kita tidak perasan kelajuan kenderaan telah melebihi had laju yang dibenarkan.

Lebih-lebih lagi ketika menggunakan aplikasi navigasi pada peranti pintar, terlampau ‘khusyuk’ melihat petalah orang kata.

Ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah turut mengundang bahaya buat pengguna jalan raya yang lain.

Kini, aplikasi navigasi popular Waze telah memperkenalkan fungsi terbaharu, iaitu mengenalpasti had laju pemanduan dan pada masa yang sama membandingkan ia dengan had laju jalan yang dilalui.

Waze Mula Paparkan Amaran Kelajuan Ketika Memandu

Sekiranya pemandu melangkaui had laju yang ditetapkan, notifkasi pada aplikasi Waze akan memaparkan amaran anda memandu tidak mengikut had laju yang dibenarkan.

Waze Mula Paparkan Amaran Kelajuan Ketika Memandu

Kepada pengguna Waze, anda boleh mengemaskini aplikasi pada hari ini bagi menikmati fungsi terbaharu ini yang sekaligus boleh membantu anda menjadi pemandu yang lebih berkhemah dan selamat.

Fungsi ini juga pastinya memberikan seribu satu kelebihan buat pemandu yang sering ‘ditembak’ oleh kamera speed trap di lebuh raya. – MYNEWSHUB.CC