Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPAD Kaji Laksana Trem...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan perkhidmatan...

Mayat Lelaki Warga Indonesia...

JEMPOL - Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang terjatuh ke dalam Sungai Muar-Rompin...

Pemisah Syria Lancar Serangan...

ALEPPO - Pemisah Syria melancarkan serangan besar-besaran bertujuan memecahkan kepungan di daerah dikuasai...

Jabatan Kesihatan Kedah Sasar...

SUNGAI PETANI - Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menyasarkan pengumpulan darah tahun ini meningkat...

Waytha Moorthy Akui Lobi Pertubuhan Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengingatkan semua pihak beliau telah melobi banyak pertubuhan antarabangsa berhubung diskriminasi yang berlaku ke atas kaum bukan Melayu di Malaysia oleh UMNO sebelum ini.

Beliau memberi peringatan itu di sebalik kontroversi satu rakaman video temuramah beliau di luar negara pada tahun 2007 yang mendakwa Malaysia mendiskriminasi penganut Hindu termasuk memaksa kaum India memeluk agama Islam.

Waytha Moorthy berkata, sepanjang hidup dalam buangan selama lima tahun di United Kingdom (UK), beliau telah memberi penerangan verbal dan bertulis kepada pelbagai agensi negara luar antaranya seperti berikut:

– UK House of Commons and House of
Lords.
– Foreign and Commonwealth Office.
– US State Department
– US Congress and House of Representatives.
– Amnesty International.
– Human Rights Watch.
– Human Rights Defenders (Dublin).
– OMCT.
– International Bar Association.
– UK Bar Council.
– Law Society.
– Beckett Foundation.
– US International Commission on
Religious Freedom.
– FIDH

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) bertegas polisi kerajaan UMNO telah menghalang kaum India daripada terlibat dalam pembangunan arus perdana negara selama ini. – MYNEWSHUB.TV

Kategori