Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ammar Dan Kru Program...

SUSULAN isu persenda nama mendiang bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek, pengacara...

Budak 2 Tahun Terperangkap...

NILAI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris sesak nafas setelah terperangkap...

Kes Denggi Di Labuan...

LABUAN – Jumlah kes denggi di sini menunjukkan peningkatan dengan 27 kes dilaporkan...

Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan...

KUALA LUMPUR - Delegasi kanak-kanak ASEAN dan Korea Selatan berkongsi pandangan dan cadangan...

Watak Bella Berjaya, Kanak-Kanak Takut Nadya

PELAKON baharu, Nadya Syahera mengaku terdapat kanak-kanak yang takut dan hampir menangis apabila berjumpa dengannya dan itu merupakan kesan daripada lakonannya dalam drama bersiri Dia Semanis Honey.

Dalam drama tersebut, Nadya membawa watak antagonis bernama Bella.

“Semasa sambutan hari raya baru-baru ini, ada kanak-kanak yang datang beraya ke rumah saya. Mereka hanya mengenali saya dengan watak Bella.

“Apa yang boleh saya katakan, watak Bella ini mempunyai kesan yang sangat kuat kerana ada kanak-kanak yang takut dan hampir menangis apabila melihat saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Nadya juga menjelaskan ada antara keluarganya yang menasihatinya agar tidak lagi mengambil watak antagonis.


“Ada juga saudara mara menasihati saya agar tidak lagi mengambil watak antagonis, tetapi masih ada yang memahami itu merupakan lakonan dan memuji keberkesanan watak Bella.

“Saya menerima segala komen yang diberikan dengan hati terbuka. Kalau boleh saya mahu mencuba pelbagai jenis  watak. Watak idaman saya adalah karakter yang bermain dengan banyak emosi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori