Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Obligasi Serap Pegawai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan pada dasarnya tidak mempunyai obligasi menyerap semua pegawai farmasi...

Peranan Proaktif Malaysia Turut...

KUALA LUMPUR - Sebut sahaja Palestin, pastinya yang akan tergambar di fikiran adalah pelbagai...

Mohon RM13.5 Juta Bangunkan...

SUNGAI PETANI - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memohon sebanyak RM13.5...

BN Tak Pandang Mudah...

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) tidak memandang mudah laluan Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Waspada Pautan Curi Data Pengguna Menerusi Media Sosial

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak menekan sebarang pautan mencurigakan yang diterima menerusi akaun media sosial peribadi seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp.

Pensyarah kanan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya, Prof Madya Dr Ainuddin Wahid Abdul Wahab berkata, terdapat kemungkinan pautan itu mempunyai unsur jenayah siber phishing atau ‘memancing data’ oleh Israel yang bertujuan mencuri data pengguna.

“Sebagai pengguna media sosial kita tak berupaya menghalang apa-apa serangan (siber), tetapi kita boleh mengurangkan kesan sekiranya ia berlaku. Kalau kita terima e-mel mencurigakan dan ada pautan di e-mel itu, mungkin itu phishing,” katanya mengulas isu serangan siber dari Israel yang mungkin dihadapi negara berikutan kelantangan rakyat Malaysia di media sosial yang mengecam kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Ainuddin bagaimanapun menyuarakan keyakinan terhadap agensi berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan siber negara sentiasa berada di tahap yang baik.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia untuk mengamalkan etika dengan berkongsi maklumat dan berita sahih mengenai isu Palestin-Israel di akaun media sosial masing-masing.

Katanya, maklumat dan komentar di ruang komentar Facebook Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bagi mengutuk rejim Zionis menunjukkan solidariti rakyat terhadap warga Palestin, tetapi ia juga memberi peluang pihak Israel mengumpul data di alam maya. – BERNAMA

Kategori