Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Suspek Samun Pemandu...

SERDANG - Seorang pengawal peribadi dan seorang penganggur yang dipercayai sering melakukan kegiatan...

Khairul Hafiz Jantan Berguru...

PETALING JAYA – Hasrat Raja Pecut Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan untuk...

Batal Kerjasama Dengan China...

MUAR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata cadangan pembatalan kerjasama...

Pasukan Keselamatan Sedia Hadapi...

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun menasihati orang awam...

Waspada Kerajaan PH Terima ICERD Masa Depan

BEKAS Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad percaya boleh berlaku “pusingan u” oleh kerajaan Pakatan Harapan berhubung ratifikasi ICERD kerana tekanan kuat dari dalam kerajaan sendiri.

“Kita mungkin sudah memenangi satu pertempuran, tetapi perang belum lagi tamat. Saya percaya kumpulan yang tidak senang adanya hak keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, tidak akan berdiam diri,” katanya di Kongres Menolak ICERD di PWTC hari ini.

Katanya, kewaspadaan ini perlu kerana kerajaan PH telah beberapa kali melakukan pusingan u sejak menjadi kerajaan pada Mei lalu.

“Jika perdana menteri tidak bertukar pun, mungkin tekanan terhadapnya di dalam kerajaannya sendiri terlalu kuat hingga beliau terpaksa membuat ‘u-turn’. Sejak 9 Mei 2018, kita sudah melihat beberapa kali ‘u-turn’ dibuat.”

Katanya lagi, umat Islam juga mesti terus bersedia untuk bangkit menentang semula kerana tidak ada jaminan konvensyen ini tidak akan diratifikasi pada masa depan.


“Sebab itu kita perlu terus berwaspada dan bangun menentang semula, jika perlu. Kerajaan tidak boleh memberi jaminan konvensyen itu tidak akan diratifikasikan di masa depan,” katanya.

Sentimen ini turut dikongsi banyak pihak yang turut sama menentang ICERD, kerana kerajaan PH jelas menunjukkan pendirian yang liberal berhubung kedudukan agama Islam dan orang Melayu.

Kerajaan PH juga dikuasai oleh DAP yang mempunyai kerusi yang banyak dan boleh menggunakan pengaruhnya untuk melaksanakan agenda yang bertentangan dengan kepentingan Islam. – Mynewshub.tv

Kategori