Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wang Dicuri Dari 1MDB...

SINGAPURA — Wang yang dicuri dari dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak US$4.3...

Hafiz Suip Tinggal Bersama...

PENYANYI Hafiz Suip memberitahu bahawa dia kini masih tinggal bersama-sama keluarga mertuanya di...

Bukan Anak Jati Johor...

BATU PAHAT : Bantuan Raja Sehari sebanyak RM1,000 kepada pasangan pengantin pertama kali...

Zahid Tiba Di Qatar...

DOHA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Wartawan Palestin Ditembak Mati Rejim Zionis

GAZA CITY – Seorang petugas media Palestin maut ditembak tentera Israel ketika insiden rusuhan yang berlaku di sempadan Gaza, Jumaat lalu.

Jurugambar agensi Ain Media, Yaser Murtaja, 30, ditembak pada bahagian perut meskipun mangsa ketika itu terang-terangan memakai ves tertulis ‘Press’ atau media.

Lapor portal Aljazeera, Allahyarham ditembak ketika sedang berdiri kira-kira 300 meter daripada pagar sempadan bagi merakam gambar peserta perhimpunan yang membakar tayar.

Jurugambar sambilan BBC, Ashraf Abu Amra berkata, dia berdiri di sebelah Yaser ketika lelaki itu ditembak.

“Kami sedang merakam sekumpulan remaja membakar tayar dan berada kira-kira 250 meter dari pagar.

“Tentera Israel melepaskan tembakan dan ketika itu saya dan Yaser cuba merakamkan video apabila tiba-tiba dia terjatuh.

“Saya menjerit kepada Yaser dan bertanya sama ada dia ok? Dia tidak menjawab dan kemudian darah mengalir dari bawah badannya.

“Saya tahu dia mengalami kecederaan parah dan orang ramai kemudian terus mengangkatnya,” katanya.


Kematian terbaharu itu menjadikan Yaser merupakan rakyat Palestin yang ke-29 terbunuh dalam protes bagi membantah kekejaman Israel sejak 30 Mac lalu di Gaza.

Sementara itu tentera Israel dalan satu kenyataan enggan memberi sebarang komen dan hanya berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Ibu Yaser, Yusra berkata dia menyangka anaknya akan pulih dari kecederaan dan tidak menyangka Yaser akan meninggal dunia.

“Allah telah memilihnya untuk syahid, Alhamdulillah,” katanya yang sempat membuatkan sarapan pagi kepada Yaser sebelum Allahyarham keluar bekerja.

Yaser telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Upacara pengebumiannya dihadiri oleh ramai orang dengan kebanyakannya adalah wartawan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori