Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

14 Maut, 16 Cedera...

MUAR - Empat belas maut manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres...

Jadikan Malaysia Buah Mulut...

KUALA LUMPUR - Keseluruhan rantaian penyedia perkhidmatan pelancongan disaran memainkan peranan yang lebih...

Perkasa Bakal Jadi Parti...

BERPECAH... Masyarakat Melayu yang jadi majoriti warga Malaysia bakal berpecah lagi dari segi...

Tiada Tindakan Ke Atas...

KUALA LUMPUR - Tiada tindakan undang-undang ke atas pembekal suplemen Cordyceps dicemari dengan...

Warna-Warni Mural Hiasi Bandar Jakarta

JAKARTA – Bandar raya yang sangat sibuk dengan penduduknya dan menjadi tarikan pelancong kini dihiasi dengan warna-warni mural hampir setiap tiang di laluan jalan jejambat bebas tol.

Ia mendapat perhatian Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Anies Baswedan yang berkata bahawa keharmonian dan kebahagiaan masyarakat di bandar bukan hanya atas faktor kemajuan kota tersebut.

Bahkan ia turut dipengaruhi oleh suasana landskap dan juga keadaan ceria di kawasan tersebut termasuklah menikmati karya seni hasil ilham dari warga Jakarta sendiri.

“Antara yang kami rancangkan adalah menjadikan tiang-tiang beton sebagai tempat seni lukis yang dihasilkan oleh para pelajar,” kata Anies kepada Kompas.

Penghasilan seni yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah itu bukan hanya dilaksanakan untuk menceriakan bandar tersebut tetapi turut dimasukkan elemen budaya yang melambangkan identiti Indonesia.

Tambahan pula, penglibatan pelajar tersebut menerusi aktiviti sedemikian telah memberi sumbangan besar buat negara supaya tatapan dan menjadi pengetahuan berguna buat generasi seterusnya.


Ujar Anies lagi, beliau ingin lukisan yang terdapat di tiang beton akan berganti dalam satu-satu tempoh supaya lukisan tersebut tidak tenggelam ditelan zaman.

“Kita tidak menetapkan bahawa lukisan ini akan kekal antara 10 hingga 20 tahun. Sebaliknya, ia perlu diperbaharui dengan seni kreatif baru dan dihasilkan oleh pelajar akan datang,” katanya lagi.

Anies memberitahu, beliau juga berhasrat mahu mengadakan aktiviti sedemikian di kawasan perkampungan pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori