Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DAP Sambut Baik Cadangan...

KUALA LUMPUR - DAP menyambut baik cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat...

Beri Kenyataan Dulu Baru...

KENYATAAN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu siasatan skandal Suria Strategic Energy...

Polis Tahan Empat Lelaki...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan empat lelaki dipercayai pengedar dadah bagi membantu siasatan...

Pakatan Terima AS$1 Juta...

SEBELUM ini ramai penyokong pembangkang 'melenting' apabila MYNEWSHUB pernah menyiarkan artikel yang mendedahkan...

WARISAN Nafi Laku Kekerasan Terhadap Papagomo

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (WARISAN) menafikan terbabit dalam insiden kekerasan ke atas Exco Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam.

Setiausaha Agung WARISAN, Datuk Loretto Padua, berkata pihaknya tidak tahu-menahu mengenai kejadian berkenaan sehingga ia ditularkan.

Katanya, WARISAN tidak akan menyokong mana-mana budaya samseng kerana ia tidak diterima di sini.

“Walaupun Papagomo menunjukkan aksi samsengnya sebelum ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelbagai pihak, namun ini tidak bermakna kita perlu meletakkan maruah kita serendah itu kerana WARISAN tidak berkompromi dengan budaya samseng,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan ketika Muhammad Azri berada di KKIA untuk pulang ke Kuala Lumpur, beliau ‘dikepung’ dan menerima provokasi daripada sekumpulan lelaki.

Difahamkan, ia disebabkan tindakan Muhammad Azri yang mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis baru-baru ini.

Kategori