Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gambar Babi Menyerupai Manusia...

NANNING – Gambar seekor anak babi yang dikatakan mempunyai wajah menyerupai babi dengan...

UMNO Boleh Tawan Semula...

KUALA LUMPUR - UMNO boleh menawan semula Selangor jika seluruh barisan kepimpinan peringkat akar umbi bekerjasama dan menyelesaikan apa juga masalah yang timbul...

Pengundi Jangan Buat Keputusan...

SOOK - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup mengingatkan pengundi...

67 Suspek Pelbagai Kesalahan...

KUALA LUMPUR – Polis menahan 67 suspek atas pelbagai kesalahan termasuk lima suspek...

Warisan Nafi Dakwaan Najib Projek Pan Borneo Terbengkalai

KIMANIS – Dakwaan bahawa pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah kini terbengkalai adalah tidak benar, kata naib presiden Warisan, Peter Anthony.

Peter yang juga menteri pembangunan infrastruktur Sabah, berkata, projek mega itu masih diteruskan meskipun sebelum ini syarikat konsesi yang membangunkan lebuh raya itu ditamatkan kontrak susulan dipalit kontroversi.

Beliau juga menepis dakwaan bahawa pembinaan lebuh raya itu merupakan hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Sabah, sedangkan pelaksanaan projek itu memang menjadi tanggungjawab mereka selaku kerajaan Persekutuan sebelum ini.

“Mereka (BN) dakwa kononnya itu hadiah daripada BN, tetapi mereka jangan lupa hasil dari Sabah ini dibawa ke Kuala Lumpur dan itu (hasil) yang sebenarnya membiayai Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2020 di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Pakatan Harapan (PH) menyekat usaha BN untuk menukar landskap ekonomi rakyat Sabah apabila projek mega Lebuh Raya Pan Borneo kini terbengkalai.


Najib berkata, projek berkenaan adalah hadiah kerajaan BN kepada rakyat Sabah dengan membina lebuh raya tanpa tol itu.

Dalam pada itu, Peter yakin masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Parlimen Kimanis akan memberi sokongan penuh kepada calon Warisan kerana UMNO dan BN sudah diberi peluang terlalu lama untuk membangunkan Sabah, namun gagal.

PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Karim Bujang yang juga ketua Warisan Kimanis dan calon BN, Mohamad Alamin yang merupakan ketua UMNO Kimanis.

Kategori