Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Saya...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi terdiam seketika selepas bekas...

Srikandi PPBM Melaka Terima...

JASIN - Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam ini menerima kira-kira 1,000...

Insiden Bom Iktibar Bahaya...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada serangan pengganas ke atas...

Kebanyakan Serpihan Ditemui Di...

KUALA LUMPUR -- Kebanyakan serpihan yang ditemui di Maldives bukan milik pesawat Malaysia Airlines...

Waris Komposer Pak Ngah Terima Faedah PERKESO

KUALA LUMPUR – Balu kepada komposer Datuk Suhaimi Mohd Zain, 60 atau Pak Ngah yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Batam Indonesia pada 25 Sept lalu menerima Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini.

Penyampaian cek kepada balu Allahyarham, Sharifah Mahani Syed Kassim di kediaman beliau di sini disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Sharifah Mahani juga bakal menerima faedah pencen penakat sebanyak RM885 sepanjang hayat beliau.

Mahfuz berkata, pemergian Pak Ngah adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada industri seni tetapi juga kepada negara.

“Allahyarham juga memberi jiwa dan kehidupan kepada masyarakat Malaysia menerusi lagu-lagu ciptaannya dan sudah tentu akan dikenang oleh seluruh masyarakat.

“Apa yang disampaikan hari ini adalah hasil daripada caruman Allahyarham dengan PERKESO yang mula mencarum sejak 2017. Semoga ianya akan menjadi amal kebajikan kepada Allahyarham yang dimanfaatkan oleh keluarganya,” kata Mahfuz.


Sharifah Mahani melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Skuad Prihatin pertubuhan itu yang merupakan agensi pertama yang menghubungi beliau.

“PERKESO adalah yang pertama menghubungi saya. Selain itu, saya dan anak-anak kini menguruskan kerja-kerja di studio dan masih belum ada perancangan yang tetap kerana masih belum berjumpa peguam Pak Ngah kerana beliau ada meninggalkan wasiat,” katanya.

Allahyarham meninggalkan dua anak iaitu Siti Syafrina, 32 dan Megat Mohd Syahraini, 31 yang kini meneruskan kerja-kerja di studio milik Pak Ngah di Setapak. – BERNAMA

Kategori