Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ketua Dewan Ulama PAS...

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Kamaruddin Awang Basir meninggal dunia...

Manifesto BN Sarawak Fokus...

KUCHING - Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak yang dilancar oleh Ketua Menteri, Datuk...

Suruhanjaya Tenaga Nafi Sokong...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Tenaga menafikan sokongan terhadap sebarang alat penjimatan tenaga termasuk dalam...

Rumah ‘Hobbit’ Berdiri Teguh...

PASIR PUTEH - Nampak memang pelik tapi itulah hakikatnya apabila terdapat sebuah rumah...

Waris Jutawan Berlian Sahut Cabaran Hidup Berdikari

AL-KISAH seorang anak jutawan yang pernah dicabar oleh bapanya untuk berdikari dan merasai bagaimana erti hidup dalam kesusahan dan kemiskinan selama sebulan.

Ia bermula apabila seorang jutawan dari Gujarat, India, Savji Dholakia telah mencabar anak lelakinya Dravya Dholakia, 21; untuk hidup berdikari tanpa bantuan atau pengaruh kuasa yang dimilikinya.

Dravya merupakan seorang penuntut MBA di sebuah universiti di Amerika Syarikat kebetulan sedang cuti semester.

Waris Jutawan Berlian Sahut Cabaran Hidup Berdikari
Dravya Dholakia

Menurut laman tempatan, Savji merupakan pemilik kepada syarikat Hare Krishna Diamond Exports yang beroperasi di 71 buah negara dengan kekayaan dimiliki bernilai RM3.6 bilion.

Maka Dravya telah dihantar ke Kochi, sebuah wilayah di India dengan wang berjumlah 7,000 rupee (RM423) dan tiga pasang baju sahaja untuk digunakan ketika kecemasan pada 21 Jun lalu.

“Saya mahu dia faham bagaimana orang miskin berhempas pulas untuk mendapatkan kerja dan duit.

“Tidak ada universiti yang boleh mengajar skill kehidupan ini melainkan pengalaman,” kata Savji.

Selain wang dan pakaian, bapanya turut mengenakan tiga syarat iaitu tidak boleh menggunakan nama atau pengaruh yang dimilikinya, tidak boleh bekerja di sesuatu tempat lebih daripada seminggu dan hanya boleh menggunakan wang yang diberi untuk kecemasan sahaja.

Waris Jutawan Berlian Sahut Cabaran Hidup Berdikari

Waris Jutawan Berlian Sahut Cabaran Hidup Berdikari


Tambah laman itu lagi, antara cabaran terbesar terpaksa dihadapi Dravya semasa di Kochi ialah masalah komunikasi kerana penduduk tempatan menggunakan bahasa Malayam manakala dia pula bertutur dalam bahasa Hindi.

“Selama lima hari saya tidak ada kerja atau tempat untuk tinggal. Saya sangat kecewa kerana saya ditolak untuk bekerja sebanyak 60 kali, memandangkan tidak ada seorang pun yang kenal saya di sini.

“Saya faham perasaan apabila ditolak dan betapa bernilainya sesebuah pekerjaan bagi orang susah,” kata Dravya.

Hasil titik peluhnya, Dravya berjaya mendapat 4,000 rupee (RM242) selama sebulan selepas bekerja di sebuah kilang roti, pusat panggilan telefon, kedai kasut dan restoran McDonald’s.

“Sebelum ini saya tidak pernah risau tentang duit tetapi di sini saya terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan makanan waima semurah 40 rupee (kira-kira RM2.50).

“Saya juga perlukan 250 rupee (RM15) sehari untuk membayar tempat tinggal,” kata Dravya yang berjaya menamatkan cabaran tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori