Warga Maya Jadi ‘Detektif’ Isu Video Seks

KUALA LUMPUR – Rakaman video seks melibatkan pemimpin politik negara tular sehingga dalam kalangan pemilik akaun laman sosial melakukan ‘penyiasatan’ sendiri tentang pengakuan seorang lelaki dikenali Haziq Aziz yang dimuat naik dalam media sosial awal pagi ini.

Lelaki itu yang membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau antara individu terlibat dalam aksi dengan pemimpin tersebut menarik perhatian pengguna media sosial melakukan ‘penyiasatan’ akaun pemimpin itu termasuk hotel yang diduduki mereka.

Dalam video tersebut, Haziq mengaku dia dan pemimpin terbabit menjadi individu dalam video tersebut yang dirakam tanpa kebenarannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Point, Sandakan, Sabah.

Berdasarkan akaun pemilik twitter yang dikenali sebagai @Halimmyreds menunjukkan tangkap layar pemimpin berkenaan menunaikan solat maghrib bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, menteri Kabinet serta ketua perwakilan negara asing di Istana Negara pada 11 Mei lalu.

Malah, dua gambar pemimpin terbabit dalam laman twitter itu menunjukkan seolah-olah terdapat percanggahan dengan dakwaan lelaki yang dikenali Haziq itu.

Dalam pada itu, pemilik twitter @feedneed pula memaparkan tangkap layar yang menunjukkan pemimpin tersebut sedang berada di Bandar Litat, Sandakan pada 10 Mei beserta perbandingan gambar hotel di dalam dan laman carian tempahan bilik yang seakan-akan sama.

Walaubagaimanapun, sehingga setakat ini, tiada pengakuan atau kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Azmin. – UTUSAN ONLINE

Loading...