Warga Kemboja Mati Kelar Leher Sendiri

GUA MUSANG – Seorang pekerja ladang warganegara Kemboja ​​​​maut selepas dipercayai mengelar lehernya sendiri dengan menggunakan senjata tajam di sebuah rumah kongsi di Paloh 3, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, dalam kejadian jam 11.12 malam itu, mangsa, Roeun Roth, 32, ditemukan terbaring dan berlumuran darah​​​ di hadapan rumah kongsi tersebut oleh rakan sekerjanya.

Beliau berkata, mangsa baru datang ke negara ini untuk bekerja di ladang berkenaan sejak dua hari lalu dan belum diketahui motif sebenar lelaki berkenaan bertindak demikian.

Katanya, pihaknya masih menyiasat kes itu dengan mengambil beberapa keterangan daripada rakan sekerja mangsa yang tinggal bersama di rumah kongsi ladang milik swasta itu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Loading...