Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mnangagwa Angkat Sumpah Presiden...

HARARE - Emmerson Mnangagwa mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Zimbabwe dalam satu upacara...

Surat Mohon Usul Bahas...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan telah menghantar...

Himpunan Putih Solidariti Wakili...

KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam di negara ini perlu bersatu padu menentang sebarang...

UIM Tubuh Pusat Bagi...

CYBERJAYA - Universiti Islam Malaysia (UIM) mewujudkan Pusat bagi Pengajian Wanita bagi memenuhi...

Warga KDN Diminta Perjelas Isu Tidak Tepat

SANDAKAN – Semua pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil tindakan segera terhadap penularan isu-isu tidak tepat di media sosial dengan memberi penjelasan isu sebenar yang berlaku.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ali Besar berkata ia penting bagi mengelakkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Katanya Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sentiasa mengingatkan kepada warga kerjayanya supaya setiap isu yang timbul di media sosial ditangani dalam masa empat jam.

“Janganlah ada dalam kalangan kita sendiri yang menularkan sesuatu yang tidak benar berkenaan KDN dan kerajaan,” katanya ketika merasmikan Program Turun Padang KDN di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Ali berkata warga KDN sebagai anggota perkhidmatan awam perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dengan bijak.


“Sebagai anggota perkhidmatan awam pesekutuan, kita perlu istiqamah dan mengamalkan konsep wala atau kesetiaan kepada kerajaan pusat,” katanya.

Beliau berkata sokongan dan komitmen daripada anggota perkhidmatan awam diperlukan bagi memastikan agenda Transformasi Nasional 2050 untuk menjadikan Malaysia sebagai antara 20 negara teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi tercapai. – BERNAMA

Kategori