Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PRK Pilih Wakil Rakyat,...

PONTIAN - "Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bukan hendak pilih imam...

Didenda Sebab ‘Conteng’ Orang...

GARA-gara 'menconteng' perkataan disabled (orang kurang upaya) di jalan raya, seorang wanita warga...

Isu Dewan Rakyat ‘Kosong’...

KUALA LUMPUR - Kegagalan ahli Parlimen menghadiri persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan kukuh...

Adakah Samsung Galaxy S7...

PADA bulan Februari 2016 akan datang ini, salah satu peranti baru yang dinantikan...

Warga JPIN & Agensi Berkaitan Digesa Tingkatkan Kerjasama

SEREMBAN – Warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPIN) serta agensi berkaitan digesa meningkatkan kerjasama bagi menghadapi 2019 yang cabarannya dijangka lebih getir, khususnya dalam keadaan kewangan negara yang mencabar.

Ketua Pengarahnya Datuk Baharin Idris berkata dalam keadaan semasa yang lebih terbuka, masyarakat kini bebas berkongsi ideologi dan pendapat, sekali gus mengundang ancaman dan provokasi terhadap ketenteraman awam sekiranya kebebasan itu tidak diuruskan secara bertanggungjawab.

“Demi mencapai hasrat kerajaan dalam memelihara perpaduan negara, saya menyeru semua warga JPIN dan Integrasi Nasional, anggota jawatankuasa Rukun Tetangga dan semua ahli komuniti berganding bahu dalam memelihara perpaduan dan menyemarakkan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam amanat tahun baharu yang dimuat naik menerusi Facebook JPIN.

Mengakui tugas menjaga perpaduan tidak mudah, Baharin berkata JPIN telah melakukan yang terbaik untuk mengekalkan keharmonian rakyat, mengambil kira perubahan landskap politik semasa.

“Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua atas sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi yang telah diberikan sepanjang tahun,” katanya yang turut meminta warga JPIN tidak berpuas hati dengan prestasi yang dicapai. – BERNAMA

Kategori