Warga Asing Penyumbang Utama Kes Harian COVID-19

KUALA LUMPUR – Jangkitan membabitkan warga asing terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini sejak minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 22 kes baharu daripada 37 kes keseluruhan direkodkan membabitkan warga asing, setakat hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Daripada 37 kes baharu dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 35 kes adalah penularan tempatan yang mana 22 kes bukan warganegara.

“Sebanyak 31 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan sudah discaj dari wad sebanyak 5,646 kes atau 80.9 peratus,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Loading...