Warden Diburu Disyaki Liwat Pelajar Diberkas

KANGAR – Setelah kira-kira 48 jam diburu, seorang warden asrama yang disyaki meliwat dan melakukan gangguan seksual terhadap lima orang pelajar sebuah pusat tahfiz di negeri ini, akhirnya diberkas polis, tengah malam tadi.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, lelaki berusia 28 tahun tersebut diberkas di sebuah maahad tahfiz di Kuala Kangsar, Perak, pukul 12.30 tengah malam.

Katanya, polis turut merampas dua buah telefon bimbit milik lelaki berkenaan.

“Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Kangar, pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pengalaman hitam lima orang pelajar sebuah pusat tahfiz di sini, selepas mereka disyaki diliwat dan diganggu secara seksual oleh warden asrama pusat pengajian berkenaan, sepanjang bulan lalu.

Perbuatan jijik lelaki itu akhirnya terbongkar selepas mangsa yang berusia 15 tahun mengadu mengenai perkara tersebut kepada seorang guru di pusat tahfiz berkenaan sebelum mereka membuat laporan polis.

Loading...