Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Anak-Anak Tahfiz DQI Dekat...

PUTRAJAYA - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata tragedi kebakaran pusat...

Sebanyak 5,553 Unit Rumah...

KANGAR - Sebanyak 5,553 unit rumah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) akan...

Mangsa Banjir Hilir Perak...

TELUK INTAN - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan dan ditempatkan di dua pusat...

Spritzer, Tasik Puncak Meterai...

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar air botol, Spritzer Bhd, menandatangani perjanjian langganan dengan...

Waran Tangkap Terhadap Pengasas Sugarbook Ditarik – Peguam

KUALA LUMPUR – Waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam terhadap pengasas aplikasi Sugarbook, Chan Eu Boon kerana gagal hadir untuk sebutan semula kes pada 26 Mac lalu, dibatalkan pada hari sama.

Peguam Eu Boon, T Shashi Devan berkata, pihak mahkamah mungkin terlepas pandang masa sebutan semula kes menerusi sistem e-filing mahkamah mendorong kepada punca waran itu dikeluarkan.

“Saya bersama anak guam tiba di mahkamah berkenaan jam 10.30 pagi pada 26 Mac lalu kerana mengikut maklumat sistem itu sebutan semula kes bermula jam 11 pagi.

“Namun, kami dimaklumkan anak guam dikenakan waran tangkap selepas prosiding mahkamah bermula lebih awal. Kami memberi penjelasan mengenai masa ditetapkan itu.

“Pihak mahkamah menerima perkara berkenaan dan hari sama waran dibatalkan. Anak guam akan hadir untuk sebutan semula kes pada 15 Mei ini seperti ditetapkan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari ketika mengeluarkan waran tangkap itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan kes berkenaan sudah diselesaikan pihaknya dan ia sudah dituduh di mahkamah.

“Malah, waran tangkap yang dikeluarkan juga sudah dibatalkan selepas dia hadir ke mahkamah pada hari sama,” katanya ketika dihubungi. 

Media melaporkan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari mengeluarkan waran tangkap ke atas Eu Boon, 34, selepas dimohon pihak pendakwaan.


Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asnaf Anuar Sharuddin, ketika ditemui pemberita dipetik memaklumkan pihak pembelaan sepatutnya hadir ke mahkamah untuk pengurusan dokumen.

Pada 24 Februari lalu, Eu Boon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyiarkan kenyataan bertajuk ‘Top 10 Sugarbaby University In Malaysia’ yang mengakibatkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga usahawan teknologi maklumat (IT) didakwa menyiarkan kenyataan itu dalam laman web pada jam 10 pagi 10 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai. – myMetro Online

Kategori