Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Himpunan Protes Harga Minyak...

Hari ini di bangunan Parlimen, kira-kira 100 orang berhimpun kononnya bagi membantah tindakan...

Gempa Bumi 5 Pada...

KATHMANDU - Gempa bumi berukuran 5 pada skala Richter melanda Nepal lewat malam...

Pelajar TKC Menang 4...

SEPANG — Meja kuasa solar rekaan pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) berjaya memenangi...

Terus Ukir Nama, Kontroversi...

TAHUN 2017 lalu benar-benar telah meninggalkan kesan yang mendalam serta pengajaran besar buat...

Waran Tangkap 2 Pencuri Barang Kemas Walaupun Sukar

KUALA LUMPUR – Polis Bukit Aman akan mengeluarkan waran tangkap kepada dua suspek utama kes kecurian barang kemas Bukit Bintang yang ditangkap di Zurich bulan lalu, namun terdapat sedikit masalah.

Lelaki yang dikenal pasti sebagai Luo, hilang sebaik sahaja dilepaskan kerana kekurangan bahan bukti.

Pendakwaraya di Zurich terpaksa melepaskan pencuri barang kemas antarabangsa berusia berusia 40-an itu pada 30 Ogos, hanya sejam selepas ditangkap di Bahnhofstrasse, sebuah pusat membeli belah ekslusif di Zurich.

Akhbar harian Jerman, 20 Minutes memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap pendakwaraya itu, Corrinne Bouvard dengan “tidak ada bukti kukuh kesalahan yang dilaku” untuk menahan dia.

Manakala suspek kedua yang dikenali sebagai Meng, dijangka akan diekstradisi bagi menghadapi tuduhan di Bahrain, di mana satu waran tangkap yang mengaitkannya dengan satu rompakan RM4.73mil ada pada tahun 2013.

Pengurus Tukang Emas Dan Jam Bahagian Pencegahan Jenayah Antarabangsa Eropah, Martin Winckel berkata pihaknya telah mengedarkan satu lagi poster “Wanted” untuk Luo.

“Kami tidak dapat mencarinya, dia mungkin berada di mana-mana. Kemungkinan besar dia akan kembali mencuri barang-barang kemas.


“Kami memohon semua tukang emas, termasuk yang berada di Malaysia agar sentiasa berjaga-jaga. Jika kamu mengecam atau percaya itu adalah dia datang ke kedai, sila hubungi balai polis di talian + 49- (0) 2306-379110 atau [email protected], ” katanya dalam satu temu bual telefon dari Jerman.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Rasdi Ramli berkata bagaimanapun Bukit Aman akan mengeluarkan waran tangkap membawa Luo ke sini untuk dikenakan tindakan.

“Kami cuba untuk menyesuaikan cap jari dan nombor pasport dari Zurich dengan maklumat yang kami ada di sini.

“Apabila kita positif mengenal pasti dia sebagai suspek, kami akan mengeluarkan waran tangkap, “katanya.

Winckel berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak polis di sini untuk menangkap Luo.

Kedua-dua lelaki itu, dipercayai dari Taiwan, juga dilaporkan mencuri barang kemas bernilai RM697,601 dalam dua kes di kedai barang kemas mewah di London dan Antwerp tahun lepas. – mStar Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori