Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bila Minah Rempit Pakai...

AMBOI...kalau tengok pemakaian pasangan ini, dah cukup elok dengan baju Melayu dan baju...

Misteri Tulang Berselerak Bongkar...

KOTA BHARU - Penemuan beberapa tulang berselerakan dekat Kampung Paya Rambai di sini...

Calon Bebas Bawa Cangkul...

PARA peniaga di sekitar Kea Farm di Tanah Rata ‘dikejutkan’ dengan kelibat seorang...

Tunku Imran Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF), Tan Sri Tunku Imran...

Wany Teringin Nyanyi Dengan Penyanyi Lelaki Lain

SETIAP penyanyi yang melakar nama di industri hiburan pasti mempunyai target yang mereka mahukan di dalam karier masing-masing.

Bagi Wany Hasrita atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, walaupun sudah serasi dengan Tajul ketika berduet dalam lagu mereka sebelum ini, itu tidak membuatkan mereka terikat antara satu sama lain.

“Memang ramai peminat menyukai gabungan suara kami kerana saya dan dirinya dikatakan mempunyai keserasian. Namun, ia tidak bermakna saya hanya menerima undangan untuk menyanyi bersama-sama Tajul. Jika ada rezeki untuk mencuba nyanyian dengan artis lain, apa salahnya?” katanya dipetik daripada BH Online.

Gadis kelahiran Cheras, Kuala Lumpur itu juga sering bersikap terbuka sekiranya terdapat rezeki baginya untuk berduet dengan mana-mana penyanyi lelaki yang lain.

“Saya masih muda dan banyak lagi perkara ingin dicuba sebagai penyanyi. Lagipun, saya teruja untuk menantikan maklum balas peminat terhadap percubaan saya dengan penyanyi lain,” tambahnya lagi.

Single Wany bersama dengan Tajul bertajuk Di Sana Cinta Di Sini Rindu pada pertengahan tahun lalu telah mendapat sambutan hangat daripada peminat.


Manakala, Wany yang dikenali menerusi lagu Menahan Rindu itu pula bakal muncul lagi dengan sebuah mini album yang mana dijangkakan akan dipasarkan dalam tempoh yang terdekat ini.

Penyanyi lagu Rintihan Rindu itu juga akan memasukkan beberapa lagu irama tradisonal di dalam mini album tersebut memandangkan dia sangat meminati genre tersebut.

“Insya-Allah, album mini saya dijangka berada di pasaran dalam tempoh terdekat dan saya lebih teruja kerana ia juga memuatkan lagu berentak tradisional. Mungkin secara tidak langsung, ia dapat menarik minat generasi muda untuk menyukai lagu sebegitu.

“Saya dibesarkan dengan lagu etnik kreatif kerana ia diminati oleh nenek saya, yang secara tidak langsung membuatkan saya sendiri menggemarinya,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, graduan dari Management & Science University (MSU) itu juga baru sahaja pulang dari Kuantan, Pahang apa Ahad lalu bagi menghadiri karnival GegaRia anjuran Media Prima. –MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori