Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPKT Cadang Tambah Lif,...

GUA MUSANG - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mencadangkan...

Polis Kelantan Tumpaskan ‘Geng...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menumpaskan 'Geng Pok Chek' yang disyaki terbabit dalam...

Terkejut Gambar Bersama 11...

BENARLAH kata pepatah 'lama Melayu 'kalau dah jodoh tak ke mana' yang sering...

Jual Payudara Palsu Telah...

JIJIK…seorang wanita telah memuatkan iklan untuk menjual implan payu dara dalam eBay meskipun...

Wanita UMNO N.Sembilan Gesa Kerajaan Tolak Tuntutan LGBT

SEREMBAN – Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sembilan hari ini menggesa kerajaan menolak sebarang tuntutan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini memandangkan ia bertentangan dengan Islam.

Ketuanya Lattefah Aliyaru Kunju berkata kemahuan tidak berasas golongan itu perlu disekat dan dihentikan kerana ia juga bertentangan dengan nilai-nilai kehidupan normal seorang manusia.

“Hak yang dituntut adalah satu permulaan untuk golongan ini mendapat ruang dalam masyarakat dan mungkin di masa akan datang, mereka akan meminta bermacam-macam lagi dan mungkin juga meminta undang-undang digubal khusus untuk mereka.

“Perkara ini harus dibendung bermula daripada sekarang supaya masalah ini tidak mempengaruhi kehidupan generasi akan datang,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.


Katanya, pergerakan itu juga berpendirian menolak sebarang tuntutan LGBT yang bertentangan dengan Islam.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menerima jemputan untuk bertemu wakil komuniti transgender, Nisha Ayub bagi menyelami serta memahami isu berkaitan transgender, khususnya peranan institusi agama dalam menangani permasalahan berkenaan. – BERNAMA

Kategori