Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat...

1.12 Juta Individu Terima...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,122,420 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos...

Malaysia Tak Layan Sebarang...

PUTRAJAYA — Malaysia hari ini menegaskan sekali lagi pendiriannya yang tidak akan mengiktiraf...

Kelongsong Peluru Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Polis menemukan lapan kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian kes...

Wanita UMNO Minta Henti Kecam Dr. Nur Ilyani

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Malaysia mengambil perhatian kepada tekanan yang dihadapi Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi berikutan surat terbuka beliau kepada aktivis Marina Mahathir berkenaan tiada diskriminasi hak asasi terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, Wanita UMNO Malaysia menggesa agar kecaman terhadap Dr. Nur Ilyani dihentikan serta-merta agar beliau dapat kembali meneruskan tugas berkhidmat kepada masyarakat tanpa tekanan, sekali gus dapat menumpukan perhatian penuh pada kerjayanya.

Kata beliau, jenyataan Dr. Nur tidak mendiskriminasi mahupun menghukum golongan LGBT, malah beliau berjanji dan mengakui tidak pernah mendiskriminasi golongan LGBT yang memerlukan khidmat beliau sebagai seorang doktor.

“Pendapat beliau agar golongan LGBT tidak menunjukkan gaya hidup LGBT secara terbuka adalah hak beliau sebagai rakyat dalam negara yang mengamalkan kebebasan bersuara.

“Pendirian Wanita UMNO Malaysia adalah beliau sepatutnya bebas bersuara terutama dalam isu-isu yang menggugat institusi keluarga dan sewajarnya tidak harus diberi tekanan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Noraini, Wanita UMNO Malaysia mendesak Kementerian Kesihatan segera menyatakan pendirian dan mengambil keputusan berkenaan aduan yang dikemukakan kepada Biro Pengaduan Awam berhubung surat terbuka Dr. Nur Ilyani, sekali gus menutup kes itu demi kebaikan semua pihak.


Kata beliau, Wanita UMNO Malaysia berharap Kementerian Kesihatan tidak tunduk kepada pihak-pihak yang berkepentingan hingga mungkin terpaksa membuat keputusan yang tidak adil terhadap Dr. Nur Ilyani dan impak kes itu akan turut memberi kesan kepada pengamal perubatan lain di seluruh negara.

“Wanita UMNO akan terus memberi sokongan dan bersolidariti dengan Dr. Nur Ilyani kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan melalui surat terbukanya kepada aktivis Marina Mahathir berkenaan tiada diskriminasi terhadap golongan LGBT.

“Jika berlaku tindakan yang tidak adil terhadap Dr. Nur Ilyani, Wanita UMNO bersedia untuk menawarkan perkhidmatan guaman yang ditanggung sepenuhnya untuk membela hak-hak beliau sebagai rakyat Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori