Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wilayah Gansu Mahu Penerbangan...

LANZHOU - Wilayah Gansu telah meminta penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke...

Chong Wei Rangkul Kejuaraan...

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keenam...

Lelaki Maut Jatuh Pokok...

KUANTAN - Seorang lelaki maut akibat terjatuh dari pokok cempedak berhampiran perumahan Kilang...

Agong Tinjau Lokasi Nahas...

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau...

Wanita Terkaya Dunia Meninggal Usia 94 Tahun

PARIS – Pewaris L’Oreal, Liliane Bettencourt, yang merupakan wanita paling kaya di dunia disahkan meninggal dunia dalam usia 94 tahun pada Khamis, menurut kenyataan keluarganya.

Beliau juga menghidap penyakit demensia atau nyanyuk. Suaminya, bekas menteri Kabinet Perancis, André Bettencourt dan dikahwininya pada 1950, telah meninggal dunia sejak 2007 dalam usia 88 tahun.

“Liliane Bettencourt meninggal dunia semalam di kediaman keluarga di ibu kota Perancis,” kata anak perempuannya, Francoise Bettencourt Meyers dalam satu kenyataan. “Ibu saya pergi dengan tenang.”

Bettencourt, pemegang saham utama gergasi kosmetik antarabangsa itu, adalah individu ke-14 terkaya di dunia, menurut majalah terkenal Forbes, yang menganggarkan nilai hartanya ialah AS$44.9 bilion (RM188.5 bilion).

Mendiang jarang dilihat di khalayak ramai sejak bersara daripada L’Oreal pada tahun 2012, tetapi namanya menjadi tajuk berita media setelah ahli rombongannya didakwa mengambil kesempatan daripada kesihatan mentalnya.

Bettencourt diisytiharkan tidak layak untuk menjalankan urusannya sendiri pada tahun 2011 setelah laporan perubatan menunjukkan beliau menghidap penyakit demensia dan tahap Alzheimer yang agak teruk sejak 2006.


Kes guaman yang rumit ini melibatkan persengketaan antara satu-satunya anak perempuannya dengan rakan-rakannya yang tidak bertanggungjawab, dan ia juga menjejaskan mantan presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Patrice de Maistre, yang menguruskan kemewahan Bettencourt, dituduh menyerahkan sampul yang diisi dengan wang tunai kepada ahli parti Sarkozy, sayap kanan UMP semasa kempen presiden pada tahun 2007 lalu.

Tuduhan jenayah komersial berprofil tinggi berkenaan terhadap Sarkozy itu bagaimanapun digugurkan pada Oktober 2013 kerana pendakwa raya kekurangan bahan bukti kukuh. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori