Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPM Teliti Cadangan Peraturan...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas...

Bekas Personaliti TV, Ishak...

PETALING JAYA – Jenazah bekas personaliti TV, Ishak Nengah selamat dikebumikan di Tanah...

3 Remaja Maut, 1...

HOUSTON: Tiga remaja maut dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah...

Dron Selamatkan Budak Dari...

SETIAP kali bermandi-manda di laut, perkara yang paling terakhir yang dimahukan oleh orang...

Wanita Terjah PC Dzulkefly, Guan Eng Bangkit Isu Radiasi

GEORGE TOWN – Seorang wanita yang mendakwa radiasi daripada sebuah menara telekomunikasi berhampiran rumahnya punca seorang ahli keluarganya meninggal dunia akibat kanser, bertindak menerjah sidang media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad minggu lalu untuk mengemukakan kesnya.

Wanita berusia 40-an itu memberitahu Dzulkefly, pihak berkuasa kesihatan mengabaikan aduannya mengenai menara telekomunikasi di Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth.

Satu rakaman video insiden itu yang tersebar di media sosial menunjukkan wanita terbabit menuntut jawapan daripada Dzulkefly kenapa pihak berkuasa tidak pernah memberi respons terhadap aduannya.

“Jangan sentuh saya. Saya dibernarkan masuk oleh pengawal peribadi,” kata wanita itu kepada seorang anggota polis yang cuba menghalangnya daripada bercakap pada sidang media bersama Dzulkefly dan Lim sempena satu program gotong-royong di Butterworth pada 15 September lalu.

“Saya mengundi dua menteri ini dan susah untuk jumpa mereka. Saya pilih anda dan ini yang anda lakukan kepada saya,” kata wanita terbabit.

Dzulkefly dilihat meminta wanita itu membenarkan wartawan mengemukakan soalan dan berjanji akan menemuinya secara peribadi kemudian.

Difahamkan, wanita itu kehilangan seorang ahli keluarganya akibat kanser yang didakwanya berpunca daripada menara telekomunikasi.


Seorang sumber berkata, saudara lelaki wanita itu cuba membunuh diri disebabkan kematian dalam keluarga mereka.

Wanita itu mendakwa aduannya mengenai menara telekomunikasi kepada pihak berkuasa tempatan dan negeri diabaikan, serta beliau diminta menunggu selama lima bulan.

Jun lalu, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Mohd Abdul Wahab Yusof dilaporkan berkata, radiasi frekuensi radio (RF) daripada menara pemancar telekomunikasi tidak membahayakan kesihatan.

“Banyak penyelidikan dan sebagainya telah dibuat oleh dunia selama 10 tahun ini berhubung radiasi RF ini serta kesannya kepada masyarakat.

“Tetapi, tidak ada bukti kukuh ia tidak selamat kepada masyarakat, terutama yang tinggal berdekatan struktur menara pemancar telekomunikasi ini,” katanya dalam sidang media di Kuching, Sarawak, pada 14 Jun lalu. – FMT

Kategori