Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abim Gesa K’jaan Keluarkan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Kementerian Luar mengambil tindakan...

Mayat 2 Remaja Lemas...

KUANTAN - Mayat dua remaja yang dikhuatiri lemas semasa berkelah di Air Terjun...

Arab Saudi Dedah Senarai...

RIYADH - Arab Saudi dan negara sekutunya yang memutuskan hubungan dengan Qatar, mengeluarkan...

Mayat Lelaki Dijumpai Terapung...

KUANTAN - Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian dijumpai terapung pada kedudukan 12...

Peniaga Online Reka Cerita Diculik Dipenjara 3 Bulan

MAHKAMAH Majistret di Batu Gajah, Perak hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang wanita yang mendakwa dirinya diculik di Taiping, Ipoh pada 3 Mei lalu.

Harian Metro melaporkan, Majistret Mohd Fitri Sadaruddin menjatuhi hukuman terhadap Nurfauzilah Ariffin, 39, selepas meneliti fakta kes pendakwaan terhadapnya yang mencipta cerita dan memberi maklumat palsu berhubung penculikan mengenai dirinya.

Wanita tersebut yang juga isteri kepada anggota polis itu mengaku bersalah atas perbuatannya itu.

Mengikut kertas pertuduhan, 7.30 pagi, pada 3 Mei lalu, di kuarters polis Perak Tengah, dia didapati memberi maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp dengan menghantar pesanan suara meminta tolong.

Selain itu, menerusi Messenger Facebook pula memberitahu berada dalam tahanan seseorang dalam tulisan bahasa Indonesia.

Pendakwaan dijalankan Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili peguam Hannie Soraya Hanafi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum enam bulan dan didenda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


BACA INI: Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik Direman

Kes mengenai ‘penculikan’ wanita ini menjadi tular di laman sosial selepas dia mendakwa diculik ketika menghantar barangan kepada pelanggan di Taiping, Ipoh pada 3 Mei lalu.

Namun, drama ‘penculikan’ wanita yang juga peniaga dalam talian itu hanya rekaan semata-mata apabila polis berjaya menemuinya sedang bekerja di Taska di Shah Alam, Selangor dalam keadaan selamat, pada 9 Mei lalu.- MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Kategori