Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

3 Sekeluarga Maut Nahas...

REMBAU - Wanita hamil empat bulan antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di...

Pakatan Harapan Tidak Didominasi...

KUALA LUMPUR – “Kaum Melayu tidak mendominasi Pakatan Harapan”. Demikian penegasan Penasihat DAP,...

Rasuah: Sarjan Polis Wanita...

ALOR SETAR - Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan tidak mengaku salah di...

Dera Anak Kandung Kerana...

KOTA BHARU - Dicucuh dengan api rokok dan kulitnya ditoreh guna pisau. Itu penderitaan...

Wanita Pakai Seluar Terlalu Pendek Cetus Kontroversi

PADAH pakai seluar yang terlalu pendek. Wanita ini, telah ditahan polis di tepi jalan selepas mereka menyangka dia separuh bogel dan tidak memakai apa-apa di bahagian bawah badan.

Polis Britain bertindak demikian selepas seorang penduduk Merseyside, Kirsty Holt menaik gambar Abbie Crawford, 25, yang ketika itu berada di laman rumahnya, dalam media sosial.

“Kenapa wanita ini berjalan tanpa memakai seluar?” demikian tulis Kirsty di dalam media sosial menyebabkan polis kemudiannya berjaya mengesan Abbie.

Kirsty menyangka Abbie tidak memakai seluar kerana seluar yang dipakainya itu terlalu pendek dan gambar itu kemudiannya menjadi tular dalam kalangan netizen.

Ketika wawancara dengan The Sun, Abbie namun berkata, dia memakai seluar yang pendek itu semata-mata untuk mendapatkan perhatian ramai.

“Ternyata ia tidak mengecewakan saya,” kata Abbie.


Jelasnya, ketika gambar itu dirakamkan, dia sedang membuat kerja rumah.

“Saya berasal dari Portsmouth dan orang di situ memang berpakaian begini, sepanjang masa tanpa mengira musim,” katanya.

Abbie turut mengakui polis telah menasihatkannya supaya memakai pakaian yang lebih sopan namun dia tidak didakwa atas apa-apa kesalahan dan dilepaskan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori