Wanita New Zealand Sarung Selendang Tanda Solidariti

CHRISTCHURCH – Golongan wanita di negara ini khususnya di sini hari ini mengenakan selendang menutup kepala sebagai tanda solidariti seminggu selepas seorang pengganas kulit putih membunuh 50 orang di dua buah masjid minggu lalu.

Seorang penduduk, Rafaela Stoakes, 32, berkata, pemakain selendang tersebut membuatkannya dapat merasa apa yang dirasakan oleh golongan minoriti.

“Ia sungguh mengagumkan, saya rasa berbeza apabila keluar dari rumah pagi tadi.

“Saya rasa bangga apabila dapat menzahirkan penghargaan seperti ini untuk kawan-kawan Muslim, tapi saya juga dapat rasakan perasaan tersisih jika hanya saya yang memakainya.

“Ia memerlukan keberanian yang cukup kuat untuk memakainya setiap hari,” katanya.

Ibu kepada dua orang anak itu merupakan salah seorang wanita New Zealand yang turut serta dalam kempen #HeadScarfforHarmony diwujudkan bagi menentang kebencian ditimbulkan seorang lelaki Australia yang dituduh membunuh puluhan penganut beragama Islam. – Agensi