Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bakal Jemaah Haji Diberi...

PUTRAJAYA - Pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji akan dibuat selepas Arab Saudi...

Kedai Pengurup Wang Rugi...

IPOH - Sebuah kedai pengurup wang di Jalan Mustafa Al Bakri kerugian kira-kira...

Kenaikan Yuran Syarikat Penerbangan...

PUTRAJAYA - Cadangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengkaji semula yuran dan caj...

Pekerja Kilang Alami Radang...

IPOH - Seorang pekerja sebuah kilang memproses bahan kimia di sini disahkan mengalami...

Wanita Muslim Dibelasah Disyaki Bawa Daging Lembu

DUA wanita Muslim diserang dan dipukul penganut Hindu di sebuah stesen kereta api Mandsaur di Madya Pradesh, India.

Menurut laman berita tempatan, difahamkan terdapat khabar angin mengatakan kedua-dua wanita berkenaan konon membawa daging lembu.

Tambah laman itu lagi, mangsa dilaporkan membawa sebanyak 30 kilogram daging tersebut untuk dijual walhal perbuatan berkenaan adalah satu kesalahan di kebanyakan tempat di negara itu.

Wanita Muslim Dibelasah Orang Awam Disyaki Bawa Daging

Wanita Muslim Dibelasah Orang Awam Disyaki Bawa Daging

Menerusi satu rakaman video yang disiarkan televisyen tempatan menunjukkan sekumpulan wanita menampar, menendang dan menumbuk dua wanita berusia 35 dan 30 tahun.


Jelas laman itu lagi, ujian makmal kemudian mendapati daging yang dibawa oleh kedua-dua mangsa itu adalah daging kerbau bukannya daging lembu.

Bagaimanapun, kedua-duanya didakwa kerana tidak mempunyai permit untuk menjual daging. Pihak polis terpaksa menahan mereka dan akan berdepan hukuman penjara selama setahun kerana membawa daging tanpa lesen.

Kejadian itu mencetuskan tidak puas hati dalam kalangan beberapa pihak yang mengutuk serangan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori