Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Banjir Sukarkan Bantuan Mangsa...

PENYELAMAT yang membantu mangsa tsunami Selat Sunda pada Rabu berdepan dengan cabaran untuk...

Terima Kasih HINDRAF –...

TOKOH pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan ekstrem Hindu Rights...

Satu Lagi Waran Tangkap...

BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dikenakan satu lagi waran tangkap kerana...

Polis Nafi Wujud Kes...

PUTRAJAYA - Polis Putrajaya menafikan wujud laporan yang menjadi 'viral' di sebuah laman...

Wanita Mengamuk Tak Dapat Ganti Rugi Telefon Rosak

SEORANG wanita mengamuk di sebuah kedai telefon bimbit berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan di Guangchang South Road, bandar Nanchang, tenggara China.

Portal QQ.com melaporkan kejadian itu berpunca daripada keengganan pihak premis itu menggantikan telefon bimbit pelanggan wanita itu yang mengalami kerosakan selepas dibelinya 3 bulan lalu.

Menerusi klip bertarikh 12 Disember itu, pelanggan wanita yang tidak diketahui identitinya dilihat memarahi dan menyerang salah seorang kakitangan premis itu yang dikenali sebagai Rao kerana cuba menghalangnya dari terus merosakkan telefon bimbit di ruangan pameran premis tersebut.

Wanita Mengamuk Tak Dapat Ganti Rugi Telefon Rosak

Wanita Mengamuk Tak Dapat Ganti Rugi Telefon Rosak

Wanita Mengamuk Tak Dapat Ganti Rugi Telefon Rosak

Rao yang ketika itu sedang hamil bertindak menjelaskan polisi syarikatnya berkata pelanggan hanya boleh mendapatkan peranti baharu jika barangan yang dibeli mengalami kerosakan dalam masa 15 hari dari tarikh pembelian.


Meskipun mendapat penjelasan daripada Rao, wanita itu masih lagi tidak berpuas hati dan terus memarahinya serta menuntut ganti rugi sehinggalah beberapa orang awam masuk campur untuk menyelesaikan pertengkaran itu.

Malah pelanggan wanita itu juga mendakwa Rao berkasar denggannya namun sebaliknya pula yang kelihatan di CCTV.

Beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian dan meleraikan pertengkaran itu.

Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku selepas itu kerana laman itu tidak menyatakannya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori