Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Perlu Tapis...

KOTA BELUD - Umat Islam perlu menapis pandangan yang disebarkan oleh pihak yang...

Sultan Nazrin Shah Dianugerahi...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima Darjah...

7 Maut, 25 Hilang...

MOSCOW - Tujuh maut dan kira-kira 25 orang dilaporkan hilang selepas sebuah pusat...

42 Pulih, Tiada Kematian,...

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara kembali merekodkan angka dua digit selepas merekodkan hanya...

Wanita Maut Kereta Masuk Laluan Bertentangan

KOTA TINGGI – Seorang wanita maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung dengan Proton Persona di Kilometer 34, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, semalam.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi, Sim Lee Peng, 36, maut di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Persona, Fred Edin, 31, parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Wira dari arah Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Persona.

“Pemandu Proton Wira yang parah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Persona parah dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT),” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba memaklumkan, pihaknya dipanggil ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman api terhadap Proton Persona yang terbakar. – myMetro Online


*Video sekadar hiasan…

Kategori