Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Paddy Ketua Pengarah Kastam...

PUTRAJAYA - Datuk Paddy Abd. Halim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja...

STOA Minta Kerajaan Beri...

SIBU - Persatuan Pemilik Teksi Sibu (STOA) meminta kerajaan persekutuan memberi bantuan subsidi...

Terbuka Malaysia Hilang Seri...

KEJOHANAN Terbuka Malaysia 2015, bermula 31 Mac ini, mungkin hilang seri dan kemeriahannya...

Hadi Gesa Wakil Rakyat...

DUNGUN - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan...

Wanita Mandi Sungai Sebelum Dirogol Dalam Air, 2 Ditahan

DUA lelaki yang didakwa merogol seorang wanita yang sedang mandi di tebing Sungai Ganges, India akhirnya ditahan pihak berkuasa.

Menerusi kejadian pada Isnin, wanita berusia 45 tahun itu sedang mandi di sungai sebelum dihampiri dua lelaki tersebut.

Menerusi satu rakaman video yang tular di laman sosial, dua lelaki itu kelihatan menarik mangsa ke dalam air sebelum merogolnya tanpa belas kasihan.

Menurut pihak polis, wanita itu pada mulanya tidak membuat sebarang laporan sebelum mengubah fikiran selepas video dia dirogol mula tersebar.

Tindakan dua suspek juga diselar kerana dianggap tidak menghormati kesucian Sungai Ganges.


“Wanita itu begitu tertekan dan dia tidak cerita pada sesiapa pun. Lama pujuk baru dia nak bagi kenyataan,” ujar polis tempatan yang mengendalikan kes tersebut.

Dua lelaki tersebut dikatakan berasal dari kampung yang sama dengan mangsa.

Polis bagaimanapun mengakui masih lagi mencari rakaman asal video tersebut dan mungkin akan menjalankan siasatan lanjut jika pemilik video tersebut sudah memadamnnya.

Selain kes rogol itu, orang ramai turut mempertikaikan tindakan dua suspek kerana dikatakan tidak menghormati Sungai Ganges yang dianggap suci. – The Guardian/mStar Online

Kategori