APABILA dah mabuk, dunia pun jadi tunggang terbalik. Ini yang berlaku kepada seorang wanita setelah kencing dalam photo booth selepas menyangka ia adalah tandas.
Aksi memalukan itu dirakamkan oleh seorang lelaki yang turut berada di sebuah kelab malam, Tom Mitchell di Aberdeen, Britain.
Dia kemudian memuat naik gambar berkenaan dalam Snapchat. Menceritakan mengenai insiden itu, Tom berkata dia dan rakannya, Brandon baru selesai mengambil gambar di photo booth itu.
Tatkala mereka keluar dari situ, seorang wanita masuk ke dalam photo booth itu dan apabila Tom serta Brandon menoleh ke belakang, mereka terkejut melihat wanita itu sudah melondehkan seluarnya lalu kencing di situ.
“Dia sudah tentu sangat mabuk hingga menyangka ia adalah tandas. Kami terus beredar. Kami tidak pasti sama ada dia dihalau dari situ atau dia beredar dengan sendirinya,’’ kata Tom.
Dalam pada itu netizen terkejut dengan perlakuan memalukan wanita misterui berkenaan. Mereka berasa jijik melihat perbuatannya itu. – MYNEWSHUB.CC