Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berus Babi Dipulang Kepada...

KUALA LUMPUR - Berus cat daripada bulu babi yang dirampas akan dikembalikan kepada...

Wanita Warga Emas Hilang...

SIBU – Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di dalam hutan berhampiran...

PAS Gembira Anak Muhd...

KUALA LUMPUR - PAS gembira kerana Mahkamah Rayuan mengesahkan penukaran agama tiga kanak-kanak...

Ops Cegah Lumba Haram:...

SEREMBAN - Sebanyak 17 saman dikeluarkan terhadap pemandu kereta serta penunggang dan pembonceng...

Wanita Kerugian RM5,050 Ditipu Macau Scam

KUANTAN – Bimbang dengan dakwaan mempunyai waran tangkap dan asetnya akan dibeku, seorang pembantu perawatan kesihatan mengalami kerugian RM5,050 selepas menerima panggilan palsu daripada seorang wanita semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa itu, wanita berusia 40 tahun, dihubungi suspek yang mendakwanya terlibat dengan kegiatan judi haram dalam internet sebelum talian disambungkan kepada suspek lain yang menyamar sebagai anggota polis.

“Suspek kedua pula menyambungkan talian berkenaan kepada individu lain yang menyamar sebagai Inspektor polis yang mengatakan mangsa terlibat dengan sindiket penipuan.

“Mangsa selepas itu turut menerima sekeping gambar menerusi WhatsApp tentang perintah Mahkamah Persekutuan untuk menangkap dan membekukan asetnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selepas itu, katanya mangsa diminta mengeluarkan kesemua wang dalam akaun bank dan memasukkan ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek bagi tujuan siasatan.

Katanya, selepas pemindahan wang sebanyak RM5,050 selesai mangsa diminta merahsiakan perkara itu sehingga kes berkenaan selesai.


Beliau berkata mangsa mula menyedari ditipu setelah menceritakan perkara itu kepada suaminya dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori