Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amalan Tauhid Perlu Jadi...

BAGAN SERAI - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah amalan tauhid...

Harga Minyak Dunia Naik...

RIYADH – Kenaikan kecil harga minyak di pasaran antarabangsa ekoran kemangkatan secara mengejut...

“Dulu RM1 Juta Sehari,...

KUALA LUMPUR - Era kehidupan yang menuntut kita terus berpelitup muka apabila keluar...

Peranti Terbaru Dari Samsung...

SAMSUNG Gear S2 telah diperkenalkan pada tahun lepas di mana membawakan jam pintar...

Wanita Kejam Tampar Bayi Bertubi-Tubi

VIRAL menerusi media sosial apabila satu rakaman video memaparkan seorang wanita memukul bayi berkali-kali tanpa belas kasihan.

Video yang dimuat naik melalui akaun Facebook Ratu Perang itu jelas menunjukkan seorang wanita berbaju biru menampar bayi yang dipercayai baru berusia sebulan atau dua bulan.

Dalam video tersebut tertulis kapsyen: ‘Ibu Bapa yang mempunyai pembantu rumah, jangan biarkan orang lain menjaga bayi anda terutamanya kepada pembantu rumah warga asing. Lihat video ini. Kasihan bayi ini.”

Difahamkan, wanita tersebut yang bekerja sebagai pembantu rumah bertindak menampar bayi di bahagian muka dan berkata sesuatu dalam bahasa asing.

Namun, ada juga netizen yang menganggap wanita tersebut adalah ibu bayi berkenaan dan berkelakuan kejam kerana mengalami masalah kemurungan.

Bagaimanapun, The Sun.Co.Uk melaporkan kejadian tersebut berlaku di Almaty, Kazakhstan pada Ogos lalu tetapi menjadi viral baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terhadap video berkenaan.

Dalam video berdurasi 57 saat itu, bayi tersebut menangis dengan kuat sehingga mukanya merah apabila dipukul bertubi-tubi.


Netizen mengkritik tindakan wanita itu dan turut berasa kasihan dengan nasib bayi malang tersebut.

“Durjana betul lah, tahu lah balasan untuk manusia yang menyeksa manusia kecil yang tidak berdosa. Semoga kau dilingdungi, nak,” tulis Yuz Ramlee.

“Perempuan gila meroyan bukan nak jaga anak orang, nak bunuh ada lah, cuba dia kena tampar macam itu, baru dia rasa,” tulis Teresa Annuar.

Tidak kurang juga yang mengkritik individu yang merakam kejadian kerana tidak melakukan sebarang tindakan bagi menghalang wanita itu daripada terus menampar bayi berkenaan.

Video tersebut dikongsikan netizen supaya ianya menjadi viral sekali gus mendapat perhatian pihak berkuasa.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori