Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PTPTN: Tangguh Laksana Langkah...

ALOR SETAR - Tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung...

Undang-Undang Khas Cegah Militan...

PUTRAJAYA - Satu rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan IS...

Peniaga Maut Kereta Terbabas...

BESUT - Seorang peniaga maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang...

Polis Buka Kertas Siasatan...

RAWANG - Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari...

Wanita Kahwini Selimut Sendiri, Dakwa ‘Paling Intim’

SEORANG wanita merancang untuk berkahwin dengan selimutnya kerana dia mendakwa ia adalah ‘hubungan paling intim dan boleh dipercayai’ yang pernah dimilikinya.

Pascale Sellick, 49, akan menganjurkan majlis perkahwinan mewah dengan bantuan seorang perancang perkahwinan untuk meraikan cintanya di tempat tidur.

Artis itu menghantar jemputan terbuka kepada sesiapa yang ingin meraikannya.

Dia berkata: “Selimut saya adalah hubungan terpanjang, paling kuat, paling intim dan boleh dipercayai yang pernah saya alami kerana ia selalu ada untuk saya dan memberikan saya pelukan hebat.

“Saya suka selimut saya, jadi saya ingin menjemput orang untuk menyaksikan perkahwinan saya dengan peneman paling setian dan selesa dalam hidup saya.

“Majlis itu akan ada muzik, ketawa dan hiburan.”


Pascale akan mengenakan gaun malam, gaun pengantin dan selipar untuk meraikan hari besarnya.

Tetapi, dia enggan mendedahkan pakaian ‘suaminya’ kerana ingin menjadikan ia satu kejutan.

Acara itu akan diadakan pada 10 Februari di Rougemont Gardens di Exeter, Devon diikuti dengan parti perkahwinan percuma di The Glorious Art House di Fore Street. – Mirror UK

Kategori