Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sorok Ikan Kembung, KPDNKK...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan...

PKR Johor Dedah Enam...

Kenyataan PKR Johor berhubung kegagalan rundingan pembahagiaan kerusi dengan parti MUDA merumuskan enam...

Kes Bunuh Pemandu E-hailing:...

TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau membenarkan bantahan dikemukakan pihak pendakwaan terhadap dua dokumen membabitkan...

GGK: “Saya Bukan Patung”...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan baginda bukan patung...

Wanita Indonesia Lahir Anak Dalam Pesawat Etihad

MUMBAI – Seorang wanita Indonesia yang melahirkan anak dalam pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Jakarta, menyebabkan penerbangan itu terpaksa dilencongkan ke bandar ini semalam, kata pihak berkuasa India.

Penerbangan EY 474 meninggalkan UAE ke ibu kota Indonesia itu awal pagi semalam namun dilencongkan ke hab komersial India itu selepas wanita terbabit mahu bersalin, kata seorang jurucakap lapangan terbang di sini kepada AFP.

“Penumpang melahirkan bayi perempuan kira-kira 40 minit sebelum mendarat di Mumbai,” kata jurucakap.

Wanita terbabit, berasal dari Indonesia, dibawa ke hospital berhampiran dan pesawat itu berlepas dari bandar ini kira-kira jam 9.40 pagi waktu tempatan menuju ke destinasi asal, Jakarta.

Tahun lalu, seorang wanita India melahirkan anak dalam pesawat Jet Airways dari Damman, Arab Saudi ke Kochi terletak di negeri selatan India di Kerala. Pesawat terbabit juga terpaksa dilencongkan ke bandar ini.


Jet Airways berkata, ia adalah kali pertama bayi dilahirkan dalam pesawatnya dan ia memberi kanak-kanak lelaki itu perjalanan percuma seumur hidup dengan penerbangan itu. -AFP

Kategori