Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiga Mayat Nahas QZ8501...

Memasuki hari kelapan operasi mencari dan menyelamat mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, tiga...

PKR Beri Sokongan Padu...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi...

Kumpulan Samun ‘Nuar Ayam’...

RANTAU PANJANG - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun 'Nuar Ayam' yang bergiat aktif...

Pembangkang Dan Fitnah Berpisah...

IPOH - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar hari ini...

Wanita Habiskan Lebih RM5,000 Beli ‘Holy Water’

MENYESAL… Seorang wanita di Singapura ditipu oleh seorang yang mengakui dirinya sebagai bomoh dengan menghabiskan lebih RM5,000 konon bagi mendapatkan ‘Holy Water’.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Yang, 30, mendakwa, kakaknya telah ditipu oleh seorang yang mengaku dirinya pandai berubat apabila terpengaruh membeli sembilan botol Holy Water bagi mengubati penyakit dialami.

Lapor portal STOMP, dia tinggal di flat Bukit Batok bersama-sama suami, kakak dan ayahnya dengan kebergantungan hidup hanya kepada kakaknya.

Namun sejak beberapa bulan lalu, kakaknya mengalami penyakit misteri dan konon sering diganggu oleh kelibat makhluk halus.

Pada masa yang sama seorang lelaki seolah-olah tahu perkara yang menimpa kakaknya telah datang dengan mengesyorkan minum Holy Water.

“Saya tidak tahu bagaimana lelaki itu mengetahui tentang ini, tetapi dia beritahu kakak saya bahawa dia ada penyelesaian untuk masalahnya. Kakak saya percaya kepadanya dan mahu saya pergi untuk melihatnya,” kata Yang.

Disebabkan kerana terdesak, kakaknya mengambil keputusan membeli sembilan botol air tersebut dengan harga S$1,450 (RM5,728) daripada lelaki yang berasal dari Indonesia itu.


Tambahnya lagi, lelaki warga asing berusia 50-an itu turut memberikan nasihat kepada pesakit untuk mengamalkan penggunaan air tersebut termasuklah dibuat mandi.

Selang beberapa hari, lelaki itu menghantar mesej kepadanya meminta lebih banyak wang diberikan walaupun air itu gagal menyembuhkan penyakit kakaknya.

Yang telah meminta bayaran balik kepada lelaki tersebut namun permintaannya enggan dipenuhi.

Ujarnya lagi, dia telah membuat laporan polis atas penipuan lelaki itu dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya dan tertipu seperti yang terjadi kepada kakaknya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori