Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Baru Lahir Ditemui...

SEORANG bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam tandas awam sebelum diselamatkan...

Huawei Ascend G7 Mula...

Bulan lepas, Huawei Malaysia telah memperkenalkan Ascend G7 secara rasmi di Malaysia, dan bermula...

WhatsApp Sekat Talian Hotline...

PUTRAJAYA - Talian penting atau 'hotline' yang digunakan oleh orang ramai untuk membuat...

Gempa 6.1 Richter Gegar...

JAKARTA: Kira-kira 200 orang dipindahkan ke kawasan tinggi selepas gempa bumi berukuran 6.1...

Wanita Mati Ada Kesan Gigitan Buaya Di Daro

DARO – Seorang wanita ditemukan mati dengan kesan gigitan di kaki dan badan dipercayai oleh buaya di Sungai Kabang dekat Kampung Sawai di sini tengah hari tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat mangsa Maznah Moh, 39 ditemukan oleh penduduk-penduduk kampung yang keluar mencari beliau apabila mendapati perahu yang dinaikinya hanyut di sungai.

“Mangsa telah ditemui penduduk kampung dan disyaki dibaham buaya kerana terdapat kesan-kesan gigitan pada badan mangsa. Mayat mangsa telah dibawa pulang ke rumah untuk tindakan selanjut,” katanya.

Mangsa dikatakan telah keluar berseorangan untuk menjala udang di sungai itu sekitar pukul 9 pagi.

Apabila perahunya ditemukan hanyut, penduduk kampung terus keluar mencari mangsa sehingga ditemukan sekitar pukul 12 tengah hari,” katanya.


Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah di Sibu dikejarkan ke kampung tersebut untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buaya

Kategori